Khairy Berpendapat Zambry Pilihan Terbaik MB Perak

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. berpendapat Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah pilihan terbaik untuk terus menerajui negeri itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata Zambry merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang turut memahami kehendak golongan muda.

"Saya pernah berkhidmat dan berjuang dengan Zambry sewaktu kami berdua ahli jawatan kuasa Pemuda Umno Malaysia, secara peribadi melihat bahawa beliau adalah pilihan terbaik untuk menjadi Menteri Besar Perak," katanya.

Pemimpin dari Barisan Nasional (BN) yang dilantik sebagai Menteri Besar perlu mempunyai kriteria antaranya memahami citarasa golongan muda, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bersama Jentera Pemuda Umno Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Perak di sini, Ahad malam.

Turut hadir Zambry dan Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun.

Mengenai jentera pilihan raya Pemuda Umno di Perak, beliau berkata mereka berada pada tahap kesiapsiagaan 100 peratus untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Lawatan saya di tiga bahagian iaitu Lumut, Beruas dan Kuala Kangsar mendapati persediaan jentera Pemuda memang baik dan saya telah laporkan kepada Perdana Menteri secara keseluruhan Pemuda BN bersedia untuk hadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata kehadiran kira-kira 8,000 anggota Pemuda Umno di Perak pada perhimpunan ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan menyifatkan sambutan itu membuktikan kejayaan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan dasar menepati citarasa golongan muda.

"Saya mahu pastikan orang muda tidak termakan dengan janji-janji pembangkang seperti di Selangor banyak janji-janji yang tidak dilaksanakan," katanya.

Mengenai manifesto pakatan pembangkang yang dijadual diumumkan hari ini, Khairy yakin ia hanya janji-janji manis yang tidak mampu ditunaikan.

"Rakyat kena ingat manifesto pembangkang itu bukan perjanjian, mereka tidak akan melaksanakannya kerana sudah ada track record tak menepati janji berbanding dengan BN," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan