Kementerian Perhalusi Masa Siaran Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang memperhalusi beberapa perkara berhubung masa siaran yang akan diberi kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Joseph Salang berkata antara perkara yang diambil kira ialah mengenai pembahagian masa dan peluang antara kerajaan dan pakatan pembangkang.

"Memang pembangkang berhak diberi airtime (masa siaran) tetapi kami hendak tahu manifesto manakah yang mereka akan pakai. Adakah dari tiga parti di bawah pakatan pembangkang, dan bagaimana dengan parti-parti lain. Begitu juga dengan pengagihan masa, bagaimana harus dibuat. Adakah mengikut peratus kerusi dalam parlimen dan sebagainya.

"Perkara seperti ini harus diperhalusi sebelum kami boleh mengumumkan secara muktamad bagaimana kami mengagihkan airtime untuk mereka mewar-warkan manifesto parti nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai latihan penyiaran di sini, Isnin.

Sementara itu, beliau berkata pelbagai cabaran perlu diambil kira sebelum TV Digital Definisi Tinggi (HDTV) digunakan secara menyeluruh.

Beliau berkata ia bukan sahaja dihadapi di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

"Sepertimana yang kita ketahui, penggunaan HDTV semakin popular ketika ini tetapi ada cabaran yang perlu dihadapi, contohnya dari segi bekalan elektrik yang tidak menentu khususnya di kawasan pedalaman," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan