Hutan Kedah Terus Musnah

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kesan pembalakan yang dilakukan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.
Kesan pembalakan yang dilakukan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.

JITRA: Walaupun isu aktiviti pembalakan secara meluas di Pedu dan Gunung Inas di Kedah banyak dilaporkan, namun didapati masih ada lagi bukit-bukit di negeri ini digondol bagi tujuan berkenaan.

Terbaru, didapati kawasan seluas kira-kira 180 padang bola sepak di Hutan Simpan Bukit Perangin dibersihkan untuk aktiviti pembalakan.

Kerajaan negeri pimpinan PAS itu dilaporkan meluluskan aktiviti penggondolan hutan di kawasan berkenaan lebih sebulan yang lalu.

Konsesi itu dipercayai dianugerahkan kepada pegawai berpangkat tinggi dalam Perkhidmatan Awam Kedah (KCS) dan tanah di kawasan itu akan ditanam semula dengan tanaman getah.

Difahamkan juga bahawa kerajaan negeri turut meluluskan kawasan seluas kira-kira 963 saiz padang bola di kawasan yang sama untuk tujuan serupa.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom, yang melawat tapak berkenaan selepas dua hari dimaklumkan oleh penduduk tempatan terkejut melihat keadaan bukit yang digondolkan.

Mohd Johari yang juga AHli Parlimen Kubang Pasu berkata, aktiviti pembalakan yang secara berlebihan dan berleluasa menyebabkan berlakunya pencemaran air di Sungai Kechik, Sungai Badak dan Sungai Wang Perah, yang digunakan oleh penduduk setempat.

Tiga sungai berkenaan mengalir ke Sungai Temin yang menyediakan bekalan air mentah kepada loji rawatan air Mukim Temin dan Jeragan.

"Hasil daripada aktiviti pembalakan ini juga menjejaskan aktiviti pertanian di Kubang Pasu, Temin, Hosba, Bukit Mertajam dan Malau, yang berada di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada)," katanya di sini, pada Sabtu.

Tambah beliau, walaupun aktiviti pembalakan tidak salah dari segi undang-undang, ia tidak seharusnya dilakukan sehingga menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Selain itu Mohd Johari juga mempersoalkan sama ada kerajaan negeri melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi tujuan pembersihan tanah di kawasan itu.

"Saya tidak fikir Jabatan Alam Sekitar akan memberi lampu hijau untuk pembalakan di kawasan itu.

"Walaupun ini bukan kawasan tadahan air, kerajaan mesti bertanggungjawab dan menjaga ekosistem," katanya.

Tambah Mohd Johari, beliau akan menulis surat kepada kerajaan negeri dengan segera bagi menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu.

Malah beliau juga akan membangkitkan perkara itu kepada Kementerian Sumber Asli dan Jabatan Alam Sekitar.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan