DAP Ulang Janji Lantik Anwar Jadi PM

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

SHAH ALAM: DAP sekali lagi mengulangi pendirian mereka untuk melantik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng mendakwa ekonomi Malaysia akan dapat berkembang maju seperti yang berlaku 15 tahun lalu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Sudah tiba masanya kita kembalikan Anwar sebagai Perdana Menteri untuk jamin keuntungan dalam pendapatan negara. Kali terakhir kita untung adalah 15 tahun lepas,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Isnin.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut membidas dakwaan yang melabelkan parti itu sebagai parti perkauman yang anti Islam.

“Dakwaan liar tuduh DAP tindas agama Islam tak benar. Macam mana DAP tindas Islam, dalam perlembagaan DAP, kita angkat agama Islam kerana ia adalah agama Persekutuan. Ini adalah satu fitnah jahat untuk mengapi-apikan orang Islam supaya membenci DAP,” katanya.

Beliau berkata DAP tidak pernah anti orang Islam mahupun bukan Islam kerana semua penganut bebas mengamalkan agama masing-masing walaupun Islam adalah agama rasmi di Malaysia.

“Modal politik kita bukan siapa yang lebih pandai buat fitnah. Apa yang kita mahukan adalah prinsip berdasarkan prestasi kerana rakyat tak mahu ditipu dengan sentimen.

“Rakyat mahu dipimpin oleh parti yang boleh mengubah cara hidup rakyat. Kalau dilihat daripada prinsip Pakatan Rakyat...kita jauh lebih baik,” katanya.

Gung Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menjanjikan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya maka arahan pertama yang akan dikeluarkan adalah melarang semua jet peribadi terbang keluar dari Malaysia.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan