Calon PM: Pemimpin PR 'Kunci Mulut', Gesa Tunggu Kejutan

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) masih lagi mengambil pendirian "mengunci mulut" dalam isu siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sebaliknya, mereka menggesa orang ramai agar bersabar dan menanti "elemen kejutan" kerana pakatan itu telah memilih calon dan bakal mengumumkan calon perdana menteri mereka apabila tiba masa yang sesuai.

"Calon dah ada...tapi belum umum.

"Biasalah, ada pandangan tertentu dan ia tidak beri masalah besar...bila PR menang ke Putrajaya...orang popular akan menerima sokongan umum," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR "Pakatan Harapan Rakyat" di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Isnin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU-13.

"Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

"Itu adalah rahsia kami...tidak perlulah (dihebahkan), elemen kejutan, elemen keterujaan perlu ada," ujarnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan untuk menawan Putrajaya.

"Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya...bukan soal siapa perdana menteri," katanya.

Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR menegaskan mereka tidak mahu dilihat sebagai sebuah parti yang angkuh dan sombong dalam perkara itu sebaliknya hanya menyuarakan keyakinan untuk menawan Putrajaya dengan rasa rendah diri serta mendukung harapan rakyat.

"Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.

"Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai," kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi memberi jaminan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan pada PRU-13.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan