Azizan Tetap Bertanding PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini.

Azizan berkata, beliau masih sihat dan bersemangat untuk terus berjuang dan tiada sebab untuk berundur.

"Mengapa ada orang hendak saya berhenti, kata saya tidak sihat, jalan tiga selinder. Itu tak betul," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada akan berundur ekoran dakwaan bahawa keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

Sejak tahun lepas Azizan telah beberapa kali mendapatkan rawatan kerana menghadapi masalah kesihatan termasuk masalah mata.

Azizan ditemui di pejabatnya, Isnin, bagi mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan isu aktiviti pembalakan dalam kompartment tujuh hutan Bukit Perangin di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu.

Mengenai dakwaan beliau mencatur pemilihan calon bagi 11 kawasan DUN, Azizan berkata selaku Pesuruhjaya Pas Negeri beliau hanya menyampaikan nama orang-orang yang dicalonkan.

"Pas Pusat yang akan membuat pemilihan, bukan saya yang menentukannya," kata Azizan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan