Tiga Menteri di Perak Tidak Mengidam Jawatan MB - Nazri

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiga menteri di Perak tidak mengidam untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar, sebaliknya mahu kekal sebagai menteri Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Anggota Parlimen Padang Rengas itu berkata beliau bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mahu bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya, Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Husni adalah menteri. Tidak mungkin kami mahu turun pangkat untuk jadi menteri besar dan saya pun tidak pernah dengar orang mengidam untuk turun pangkat malah kita idam untuk naik pangkat.

"Kami harap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan terus melantik kami dalam jemaah menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina dan perasmian bas ekspres ke Cameron Highlands di Terminal Amanjaya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tiga menteri di Perak menyokong Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk kekal sebagai menteri besar dan tidak mengidam untuk mengambil alih jawatan itu.

Mohamed Nazri berkata ketiga-tiga menteri berkenaan membantu Menteri Besar dengan melakukan program turun padang sejak lima tahun lalu bukan bertujuan mengambil alih tempatnya, sebaliknya menyokong penuh kepimpinan Zambry yang membawa banyak perubahan khususnya dari segi pembangunan di Perak.

"Kita bersyukur sebab ada Datuk Zambry kerana kita boleh lihat pembangunan di Perak sebaik saja dia ambil alih, untuk kita nak menafikan bahawa tiada apa-apa perubahan di Perak adalah tidak benar. "Kerajaan Persekutuan dan negeri datang dari satu parti dan senang untuk bekerjasama. Tidak seperti kerajaan Selangor, kita nak buat jalan dia nak sekat projek jalan dan sebagainya," katanya.

Mengenai Terminal Amanjaya, beliau berkata ia merupakan terminal moden untuk orang ramai yang menggunakan bas ekspres dan lokasinya adalah strategik berdekatan dengan lebuh raya dan kemudahan lain. "Ia sejajar dengan kehendak pentadbiran kerajaan Perak yang mahu jadikan kawasan ini sebagai kawasan yang membangun kerana terminal ini juga berdekatan dengan pasaraya Mydin dan pejabat kerajaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan