Nik Aziz Bidas Harussani

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dibidas dan didakwa bersikap berat sebelah khususnya kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) ekoran kenyataannya yang menyifatkan pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir.

Sambil melahirkan rasa kecewa, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Harussani supaya lebih berhati-hati sebelum membuat kenyataan.

Malah Menteri Besar Kelantan itu turut memberi amaran kepada Harussani agar tidak terlampau menunjukkan sokongannya kepada Umno dan BN.

"Saya kira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik.

"Pesan saya kepada beliau, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada Umno dan BN. Jika ditakdirkan nanti Umno tersembam dalam pilihan raya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan Umno terkial-kial kelemasan mencari pelampung," katanya pada Ahad.

Selain itu menerusi kenyataan yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya, Nik Abdul Aziz turut menggesa agar Harussani menafikan laporan akhbar yang disiarkan pada Ahad.

"Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera.

"Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini, di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar daripada mulut beliau," katanya.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini menyiarkan kenyataan Harussani yang menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana sering tidak bersetuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan untuk memajukan rakyat.

Harussani berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah golongan bodoh.

Malah sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan