Ahli Parlimen Sibu Tidak Bertanding Pada PRU13

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya pada piligan raya umum ke-13 (PRU13).

"Saya telah membuat keputusan atas nasihat daripada doktor yang meminta supaya saya berehat selepas enam minggu menamatkan sesi radioterapi dan kimoterapi di Hospital Mount Elizabeth di Singapura," Wong berkata pada sidang media di sini Sabtu.

Wong sebelum ini pernah mengumumkan bahawa beliau mempunyai tumor pada otak merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Pengerusi DAP Sarawak.

Beliau berkata memaklumkan keputusannya itu kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan kemudianya menyerahkan isu tersebut supaya diselesaikan oleh kepimpinan diperingkat negeri.

"Saya juga memaklumkan kepada Lim calon pilihan saya akan dimuktamadkan oleh tujuh anggota Jawatankuasa Pemilihan di Kuching, esok," katanya sambil menambah bahawa mesyuarat itu juga akan memuktamadkan semua calon bagi 14 buah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP.

Wong berkata beliau akan kekal sebagai pengerusi negeri serta tinggal di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang bagi membantu memperkuatkan jentera parti ketika berkempen.

Wong memenangi kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil yang berlangsung pada 16 Mei 2010. Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April tahun sama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan