Tiada Haiwan Hilang - Perhilitan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menafikan dakwaan bahawa 230 haiwan hilang dari Zoo Melaka.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abd Rasid Samsudin berkata, haiwan tersebut telah dipindahkan ke pusat penyelamatan hidupan liar.

Beliau berkata, haiwan tersebut terdiri daripada haiwan yang diserahkan orang awam, diselamatkan oleh pihak jabatan atau dirampas.

"Haiwan tersebut merupakan aset bernyawa yang menjadi milik kerajaan. Haiwan itu dipindahkan ke pusat penyelamatan hidupan liar di bawah bidang kuasa Perhilitan.

"Spesies asli akan menjalani rawatan pemulihan sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Khamis, Dr Razeem Mazlan Abdullah, yang merupakan pengerusi jawatankuasa kecil kebajikan haiwan dan etika bagi pengendali zoo, penternak, persatuan peniaga haiwan dan hidupan liar persatuan (P4PHM), mendakwa haiwan tersebut telah hilang selepas Jabatan Perhilitan menyerahkan pengurusan zoo kepada sebuah konsortium swasta.

Mengulas mengenai dakwaan Dr Razeem mengenai kematian dua ekor zirafah, Abd Rasid berkata hanya seekor mati akibat tekanan darah rendah secara mengejut dan kecederaan mengejutkan.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan itu.

"Dr Razeem dan P4OHM boleh menfailkan aduan secara rasmi dengan Jabatan Perbendaharaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika berlaku sebarang salah laku oleh pegawai zoo dalam menguruskan aset kerajaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Zoo Melaka dan Safari Night, Azman Ghazali berkata, pengurusan baru zoo tersebut menyedari lokasi penempatan haiwan-haiwan terbabit.

Presiden P4PHM, Abdullah Ahmad Mahmood mengalu-alukan langkah kementerian untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami juga berharap satu audit dijalankan terhadap haiwan-haiwan yang dipindahkan dari zoo berkenaan untuk mengenal pasti di mana pelbagai spesies itu ditempatkan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan