Remaja Perempuan Menyesal Ikut Kekasih Lari Ke Pulau Flores, Indonesia

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Terpaksa terjun di tengah laut dan berenang lebih 24 jam dari perairan Johor ke Pulau Batam, Indonesia selepas bot dinaikinya ditahan penguat kuasa maritim antara pengalaman mengerikan seorang remaja yang lari mengikut kekasihnya berasal dari Pulau Flores, hampir enam tahun lepas.

Namun tindakan nekad Munirah Abdul Hamid, 22, itu menjerat diri apabila lelaki itu meninggalkannya terumbang-ambing bersendirian di Pulau Batam dan dia terpaksa bekerja hampir setahun sebagai pembantu rumah dengan bayaran serendah 250,000 rupiah sebelum membawa diri ke Pulau Adonara, Flores Timur Indonesia.

Bagaimanapun, dengan bantuan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Munirah berjaya dibawa pulang dan ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Sabtu disambut dengan linangan air mata oleh anggota keluarganya.

Munirah yang melarikan diri selepas pulang dari sekolah pada April 2007 dilihat menerpa dan melutut di kaki ibunya, Robeah Hamid, 52, sebelum memeluk bapanya, Abdul Hamid Mat, 51, sambil ditemani suami yang baharu dikahwini setahun lepas, Mohd Najib Abdullah, 35, dan anak lelakinya, Mohamad Tajul Azzez, sembilan bulan.

Ditemui pemberita kemudiannya, Munirah menyatakan rasa kesal dengan apa yang dilakukannya dan memohon maaf kerana menyusahkan ramai pihak sepanjang proses membawanya pulang ke kampung halamannya di Tanjung Dawai, Sungai Petani Kedah.

"Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru bersama suami dan anak serta bertekad tidak akan pulang lagi ke sana (Indonesia)," katanya.

Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata proses membawa pulang remaja itu mengambil masa lebih sebulan dan beliau menasihati anak gadis di negara ini agar berfikir panjang sebelum lari mengikut teman lelaki ke Indonesia kerana mereka berdepan risiko dikenakan hukuman berat oleh pemerintah negara itu jika tersalah langkah.

"Ini adalah kes yang paling jauh kita selesaikan. Hasil rundingan dan kerjasama antara kedua belah pihak Munirah dibawa pulang secara baik walapun dia sepatutnya boleh dikenakan hukuman kerana menceroboh negara orang tanpa dokumen sah," katanya.

Sementara itu, Abdul Hamid yang bekerja sebagai nelayan berkata tiada apa yang dapat beliau ucapkan selain rasa syukur dan berterima kasih kepada KP1M serta Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain di atas bantuan yang diberi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan