PRU13 Tidak Akan Bertembung Dengan LIMA

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan bertembung dengan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) yang akan diadakan pada 26 hingga 30 Mac depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah menjadi Menteri Pertahanan, sudah pasti beliau lebih arif berhubung kepentingan pelaburan asing dengan penganjuran LIMA 2013.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus bahawa ramai peserta dari luar negara akan menarik diri jika Dewan Rakyat dibubarkan sebelum acara tersebut berlangsung.

Abdul Aziz berkata secara peribadi, beliau merasakan tidak ada masalah untuk menganjurkan pameran tersebut sebelum PRU-13.

"LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari pada 26 hingga 30 Mac depan, dan perancangan untuk itu telahpun dibuat sejak dua tahun lepas. Tempoh masa Dewan Rakyat masih ada sehingga 30 April ini," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat serta menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini, Jumaat.

Beliau berkata Perdana Menteri tahu masa yang sesuai untuk membubar Dewan Rakyat dan menganjurkan LIMA 2013.

"Perdana Menteri, dia dah biasa dengan LIMA ni, Perdana Menteri jugalah yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong bila nak bubar Dewan. Pandangan saya tidak mungkinlah (LIMA bertembung dengan PRU-13)," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata jika PRU13, diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.

Menurutnya jumlah tersebut termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.

"Sekarang ni dah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai (hari pengundian)," katanya.

Mengulas pemantau dari luar untuk PRU-13, Abdul Aziz berkata setakat ini, SPR belum menerima sebarang nama, namun menjangkakan pemantau dari negara Asean akan melibatkan diri. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan