Program Wanita Muda PAS Di Hadapan Pavilion Kecoh

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suasana di dataran kompleks beli-belah Pavilion di sini, Sabtu menjadi kecoh apabila 100 anggota dari Lajnah Politik Wanita Muda PAS (Ameerah) yang berhimpun di situ enggan bersurai apabila diarahkan oleh pengawal keselamatan kompleks berkenaan.

Ketika itu anggota Ameerah sedang berkumpul dengan membawa sepanduk mengenai lapan agenda pakatan pembangkang di bawah 'program gelombang epal hijau' tetapi diarah bersurai oleh pengawal keselamatan atas alasan tidak mendapat kebenaran pihak pengurusan kompleks itu.

Pada mulanya kumpulan itu enggan bersurai atas alasan kawasan itu merupakan kawasan awam dan mereka telahpun memaklumkan tentang program itu kepada ibu pejabat polis Dang Wangi namun berlaku kekecohan antara seorang anggota Ameerah dengan pengawal keselamatan.

Mereka kemudian terpaksa berganjak ke kawasan siar kaki di hadapan kompleks itu dan diberi masa kira-kira 10 minit untuk menjalankan program dengan dipantau oleh 25 pengawal keselamatan sebelum diarah beredar.

Sebelum bersurai mereka mengagihkan kira-kira 700 biji epal hijau kepada orang ramai yang lalu-lalang di kawasan berkenaan. Pengerusi Ameerah, Fareedah Samad berkata satu surat makluman telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi memaklumkan mengenai program berkenaan.

"Saya difahamkan kawasan dataran dan siar kaki ini merupakan kawasan awam," katanya.

Beliau berkata walaupun terjadi sedikit kekecohan, namun program berkenaan dianggap telah mencapai matlamat mewujudkan kesedaran di kalangan golongan wanita muda agar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan