PM Ziarah Bekas Pengawal Peribadi

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam lawatan sehari ke Terengganu pada Sabtu, menziarahi seorang bekas pengawal peribadinya yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana menghidap penyakit kronik.

Najib, yang sebelum itu merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Terengganu di Dataran Shahbandar di sini, terus ke hospital untuk melawat Abdul Wahab Abdul Latif, 54, yang merupakan bekas pekerjanya.

Perdana Menteri yang hadir bersama Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said meluangkan masa di Wad 8A selama 15 minit dan turut menziarahi pesakit lain di wad berkenaan.

Ketika ditemui pemberita, Abdul Wahab berkata beliau tidak menyangkakan kehadiran Perdana Menteri melawatnya dan terharu kerana Najib masih mengenalinya meskipun sudah lama meninggalkan profesionnya.

"Dia masih cam saya lagi. Saya gembira dia ingat akan saya," katanya yang ditemani isterinya Zaini Ismail, 49.

Abdul Wahab pernah berkhidmat dengan Najib ketika pemimpin nombor satu itu menjadi Menteri Pelajaran dan Menteri Pertahanan.

Najib kemudiannya menghadiri perjumpaan tertutup dan minum petang bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional negeri di Ri-yaz Heritage, Pulau Duyong. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan