PM Letak Harapan Tinggi Kepada Calon BN Sarawak - Salang

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JULAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan harapan tinggi terhadap keupayaan semua calon Barisan Nasional (BN) untuk memenangi atau mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihan raya umum ke-13.

Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang berkata Najib menyatakan harapan itu pada pertemuan tertutup dengan semua penyandang, pemimpin dan anggota majlis tertinggi parti komponen BN negeri di Kuching, Jumaat.

"Beliau mahu kami bekerja keras untuk memastikannya. Beliau kata jika kami dapat mencapainya, ini akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan BN dan prinsip kerajaan BN mendahulukan rakyat kerana beliau menjangkakan parti gabungan juga akan mencatat keputusan cemerlang di negeri-negeri di Semenanjung pada kali ini," kata Salang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program kebudayaan tradisional Iban yang dianjurkan bersama oleh 35 pemimpin rumah panjang di Rh.Micheal Lutau, Karangan Manok, di sini malam Jumaat.

Salang yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata rakyat Sarawak boleh membantu merealisasikan harapan itu dengan memberikan sokongan padu kepada calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata adalah menyedihkan sekiranya negeri ini kehilangan lebih banyak kerusi kepada pembangkang sedangkan BN berjaya memperoleh atau memenangi lebih banyak kerusi di Semenanjung.

Salang berkata pada pertemuan itu, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga menegaskan BN negeri hanya mengiktiraf calon-calonnya sendiri sebagai calon rasmi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pihak tertentu yang kononnya menyokong penuh BN dalam pilihan raya tetapi meletakkan calon mereka sendiri.

"Taib menegaskan sekiranya mereka benar-benar menyokong BN, mereka perlu terjemahkannya dalam bentuk tindakan dan tidak bertanding, kerana apabila anda bertanding menentang BN, ianya jelas yang anda menentang parti," kata Salang.

Mengulas program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), beliau berkata ia merupakan inisitiaf kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah.

"BR1M 1 dan 2 (membabitkan kos RM4 bilion) tidak akan menjadikan kerajaan muflis dan juga bukannya "gula-gula" pilihan raya seperti didakwa pembangkang.

"Ia bertujuan untuk memberi manfaat kepada kumpulan sasaran secara langsung, di samping melengkapi pelbagai subsidi RM30 bilion diberikan kerajaan, yang dinikmati semua rakyat Malaysia, kaya atau miskin," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan