Pemimpin Pakatan Pembangkang Hanya Minat Kejar Kuasa

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti dalam pakatan pembangkang kini lebih berminat mengejar kuasa dan jawatan daripada mementingkan kesejahteraan rakyat, dakwa seorang bekas pemimpin DAP.

Bekas Ketua DAP Cawangan Pantai Sepang Putra, Sepang R.Vellasamy berkata keadaan itu jelas apabila tiada kesepakatan di kalangan pemimpin DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dan dalam soal pembahagian kerusi seperti yang berlaku di Johor sungguhpun pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa.

"Ini menggambarkan sikap mereka yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang, kepimpinan kerajaan negeri hanya memikirkan kepentingan politik semata-mata dan tidak menghiraukan kehendak rakyat.

Malahan, katanya banyak janji yang dibuat dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya unmum lepas gagal ditunaikan sehingga rakyat terpaksa membawa perkara itu ke mahkamah.

Sementara itu bekas Ketua Ranting PKR Sepang Selatan Mahful Wahid berkata pergolakan yang berlaku itu menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan pakatan pembangkang. Katanya rakyat kini sudah bijak menilai kelemahan pakatan pembangkang yang tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik biarpun masalah kecil yang hanya melibatkan hal dalaman parti.

"Kalau kita lihat pergolakan sekarang rakyat sudah tidak percaya dan bosan dengan pergolakan yang berlaku dalam pakatan rakyat manakala janji yang mereka taburkan hanya tinggal janji," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan