Media Perlu Sensitif & Bertanggungjawan Menjelang PRU13- Maglin

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Media di negara ini diingatkan lebih sensitif dan bertanggungjawab dengan tidak membangkitkan isu-isu yang akan mengugat keamanan negara menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Beliau berkata pengamal media, khususnya editor dan wartawan harus bersikap adil, bebas dan peka terhadap laporan berkaitan dengan sensitiviti agama dan kaum bagi menjaga keharmonian negara yang majmuk ini.

"Bahang PRU-13 semakin terasa, media harus memainkan peranan dengan menyalurkan maklumat tepat dan betul kepada rakyat. Mereka harus mendapatkan bukti sebelum menyiarkan sebarang berita dan bukan mencari bukti kemudian.

"PRU-13 adalah masa yang penting, apa-apa sahaja boleh berlaku. Kita perlu melindungi negara dan rakyat. Jangan bangkitkan isu sensitif yang akan mencetuskan rusuhan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Terbuka Graduate School of Medicine (PUGSOM) Universiti Perdana di sini, Sabtu.

Beliau juga menggesa parti-parti politik agar tidak menimbulkan isu sensitif demi meraih keuntungan politik jangka pendek pada PRU-13 nanti.

"Jangan sesekali menyebarkan fitnah dan atau menimbulkan isu-isu agama dan perkauman demi pancing undi pada PRU-13 ini yang akan porak peranda keamanan dan keharmonian negara," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata pewujudan Universiti Perdana adalah selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi bagi pembangunan modal insan kelas pertama di negara ini.

"Ini seiring dengan aspirasi kerajaan untuk membawa masuk universiti atau kolej tahap terbaik ke Malaysia daripada menghantar anak-anak kita ke luar negara," katanya.

Universiti Perdana ditubuhkan pada 2011 sebagai projek di bawah kerjasama awam-swasta atas inisiatif Unit Kerjasama Awam-Swasta di Jabatan Perdana Menteri dan Academic Medical Sdn Bhd (AMC).

Pada majlis berasingan di Klang, Maglin turut mengingatkan media supaya berhati-hati dalam melaporkan program yang dijalankan oleh parti-parti politik untuk tujuan baik. "Akhbar-akhbar patut memberikan maklumat berfaedah kepada orang ramai dan mengelakkan mempolitikkan program-program yang dilaksanakan parti-parti politik untuk tujuan baik. Media tidak harus membuat tuduhan palsu," katanya kepada Bernama selepas merasmikan bengkel di Sekolah Khas Klang.

Maglin, yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), mengulas artikel dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil pada Rabu yang menuduh PPP, sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN), cuba memancing undi kaum India dengan mengedarkan makanan percuma kepada golongan memerlukan.

Ketua Pemuda PPP Harridz Mohan menjelaskan pengagihan makanan percuma itu di bawah program "LET'S FEED" (Makanan Untuk Golongan Memerlukan) parti telah bermula tahun lepas, dengan makanan vegetarian diagihkan kepada golongan memerlukan tanpa mengira agama dan warganegara di seluruh negara.

"Bagaimana anda sanggup mengutuk parti politik hanya kerana memberikan makanan percuma, yang dilakukan atas perikemanusiaan," tegas Maglin.

Sementara itu, Presiden Persatuan Untuk Orang Kurang Upaya Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan (SAMH) Datin Fauziah Idris berkata bengkel itu berobjektif membantu golongan kurang upaya akal menjana pendapatan dengan memberikan mereka kontrak kerja seperti membungkus, melipat risalah dan mengeposnya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan