Manifesto BN Dalam Proses 'Sentuhan Terakhir' - Tengku Adnan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN)kini berada di peringkat 'sentuhan terakhir' dan akan dilancarkan Pengerusi Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa yang sesuai.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata apa yang pasti, setiap janji yang terkandung dalam manifesto tersebut akan ditepati, bukan seperti pembangkang yang hanya memberikan janji kosong.

"Sudah pasti janji ditepati, kata dikota, janji dilaksana kerana parti kita BN dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat. "Apa yang kita janji dalam manifesto kita tunaikan, sebab kita punya kerja ialah untuk memastikan rakyat mendapat apa yang mereka kehendaki," katanya yang juga anggota Parlimen Putrajaya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 di Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini, Sabtu.

Mengenai manifesto pembangkang yang bakal dilancarkan Isnin depan, Tengku Adnan berkata beliau hairan mengapa mereka masih mengeluarkan manifesto sedangkan mereka sendiri mengakui bahawa manifesto bukanlah janji yang harus ditunaikan.

"Tak perlu ada manifestolah, sebab kerja mereka hanya menipu. Apa yang dijanjikan di Selangor pun tak dapat ditunaikan sehingga ibu-ibu tunggal semua menyuarakan ketidakpuasan hati," katanya.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang dipimpin Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata bahawa manifesto pembangkang pada pilihan raya umum lalu, bukanlah janji yang perlu ditunaikan.

Mengenai bantuan BR1M 2.0 itu, Tengku Adnan berkata 9,401 penduduk di sini layak menerima bantuan itu dengan kira-kira 5,000 baucar bantuan diserahkan hari ini setelah 3,000 baucar diberikan sebelum ini.

Menurut Tengku Adnan penyerahan bantuan itu akan diselesaikan sebelum akhir bulan ini dan mereka yang tidak berkesempatan hadir ke majlis penyampaian itu boleh mengambil baucar itu di Pejabat Wakil Rakyat di Presint 14 pada waktu pejabat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan