Litrak Nafi Dakwaan Longkang Selenggaraannya Punca Banjir Kilat Di Puchong

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lingkaran Trans Kota Holding Berhad (Litrak) menjelaskan punca banjir kilat teruk di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Isnin lepas bukan disebabkan saluran longkang bawah tanah selenggaraan mereka.

Ketua Pegawai Operasinya Richard Lim Kim Ong berkata daripada saluran sepanjang dua kilometer itu, hanya 45 meter daripadanya diselenggara Litrak dan mereka sentiasa memastikan ia diselenggara dengan efisien. "Hampir 14 tahun kami menyediakan kemudahan lebuh raya yang baik kepada pengguna dan ini merupakan kejadian pertama yang terburuk dalam sejarah kami sebagai pengendali.

"Pelbagai kajian terperinci telah dijalankan dan banjir kilat berlaku mungkin disebabkan saluran yang dibina di bawah kawasan pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) itu bengkang-bengkok dan menghalang limpahan air," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada 20 kanak-kanak dari sebuah rumah kebajikan di sini, Sabtu.

Beliau tidak menafikan hujan lebat 68 milimeter itu dianggap luar biasa menyebabkan limpahan air deras sehingga longkang berkenaan dinaiki air dengan mendadak.

Lim berkata sehari sebelum kejadian, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan secara berjadual untuk longkang selenggaraan mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan