Kerajaan Filipina Minta Tarikh Akhir Kumpulan Bersenjata Undur Diri Dilanjutkan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anggota Pasukan Gerakan Am dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Anggota Pasukan Gerakan Am dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

LAHAD DATU: Kerajaan Filipina pada Sabtu meminta tarikh akhir bagi kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu untuk meninggalkan Kampung Tanduo dilanjutkan.

Menteri Luar Filipina, Albert del Rasario berkata, beliau ada menghubungi rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman, meminta tarikh akhir pada Jumaat untuk pengikut Sultan Sulu meninggalkan Sabah dilanjutkan sehingga Selasa depan.

Menurutnya, pihak berkuasa Filipina sedang cuba memujuk pengikut Sultan Jamalul Kiram yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo selama dua minggu supaya meninggalkan Sabah.

"Kami harap permintaan itu akan dipersetujui memandangkan usaha untuk memujuk keluarga Kiram supaya mengundur diri dalam keadaan aman," katanya kepada media di Filipina.

Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan kepada Filipina bahawa mereka tidak akan menggunakan kekerasan terhadap kumpulan terbabit sekiranya meninggalkan Sabah secara aman.

Kira-kira 100 ahli kumpulan Sulu masih lagi berkeras untuk tinggal di Tanduo walaupun hari Jumaat merupakan tarikh akhir mereka sepatutnya dihantar pulang.

Pihak keselamatan Malaysia, telah melebarkan kepungan mereka di darat dan laut sekitar kumpulan berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan