Elak Pilih Pemimpin Pandai Sandiwara - Koh

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Rakyat perlu membuat pilihan yang bijak pada pilihan raya umum kelak iaitu sama ada memilih pemimpin yang rajin dan jujur dalam melaksanakan tugas atau yang hanya pandai bersandiwara, kata Presiden parti Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Dalam pilihan raya kita nak pilih orang yang jujur bekerja atau orang yang pandai bersandiwara? Yang buat wayang banyak, semua tahu siapa tapi yang banyak buat kerja Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata Malaysia bukan sebuah negara teruk seperti disifatkan pembangkang, sebaliknya mencapai kemajuan demi kemajuan meskipun terdapat beberapa masalah.

Ini, katanya, dapat dibuktikan menerusi perkembangan pesat ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan 5.6 peratus pada tahun lepas.

"Pembangkang cakap memang handal...setiap perkara mereka nak politikkan, perkara kecil mereka mahu perbesar-besarkan," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina dan penyampaian peruntukan serta bantuan pendidikan di Dewan Orang Ramai, Kampung Simee di sini, Sabtu.

Mengenai konflik yang mencetuskan perbalahan terbuka di kalangan parti pembangkang di Johor beliau berkata tindakan itu membuktikan pembangkang tidak sehaluan.

"Kita (BN) ada gabungan politik, kita elak bergaduh secara terbuka. Sekiranya ada masalah dalam parti selesai secara baik. Kita perlu bawa transformasi yang sebenar dalam kestabilan dan bukan dalam kekecohan untuk merampas kuasa," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan