Bahasa Inggeris Subjek Wajib Lulus SPM

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bahasa Inggeris ditetapkan sebagai subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila pelajar dan tenaga pengajar sudah bersedia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sementara bersedia untuk melaksanakannya, ibu bapa, guru dan pelajar harus bekerjasama untuk memperbaiki kualiti Bahasa Inggeris di negara ini.

Menurut beliau, walaupun sistem pendidikan di negara ini dianggap baik, lebih banyak perkara perlu dilakukan untuk mengangkat ia supaya setanding dengan negara lain.

"Kita harus berusaha dengan menjadikan sistem pendidikan di mana daya saing berada pada kelas dunia," katanya selepas melancarkan Jelajah Guru Muda 1Malaysia di sini, Sabtu.

Beliau berkata, pendidikan antara penyumbang utama kepada pembangunan negara dan kualiti pembangunan modal insan manakala para guru memainkan peranan penting dalam memastikan matlamat direalisasikan.

"Ini suatu tugas yang amat penting yang dipikul oleh guru-guru. Sebab itu, kita mahu supaya peranan yang dipikul itu terus dipertingkatkan, diperkukuhkan lagi dan diperkuatkan lagi agar cita-cita kita untuk melahirkan atau generasi yang masyarakt Malaysia yang terdidik akan tercapai.

"Ini kerana dalam tempoh tinggal tujuh tahun lagi kita akan masuk dalam ambang penting dalam sejarah pembangunan negara iaitu menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri," katanya.

Muhyiddin berkata meskipun bukan perkara mudah tetapi akan menjadi lebih mudah kalau ditanam iltizam, kesanggupan untuk memikul apa sahaja tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

"Guru tidak seperti penjawat awam yang lain, guru adalah kumpulan profesional kerana penjawat awam hanya menggunakan ilmu untuk melaksanakan apa yang dipertanggungjawabkan, tetapi guru menggunakan ilmu dan menurunkan ilmu kepada anak bangsa agar berjaya menghadapi masa depan yang lebih baik khususnya di Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak merupakan sebuah negeri yang besar, penduduknya tidak berapa ramai tapi bertaburan di seluruh negeri dan tentunya perlukan suatu usaha yang lebih.

"Kalau di Semenanjung kita biasa ke sekolah untuk mendidik anak-anak dan tidak banyak halangan dan rintangan tetapi di Sabah dan Sarawak, guru-guru adalah guru-guru yang cekal dan berani, sanggup mengharungi sungai, jalan-jalan yang jauh berbatu-batu, berjam-jam lamanya dalam keadaan yang agak luar biasa," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (2013-2025) dalam tiga gelombang dalam usaha meningkatkan daya saing negara ini dalam arena pendidikan.

"Apa yang kita akan lalui adalah suatu yang agak luar biasa. Banyak negara mencuba menjadi negara berjaya dalam bidang pendidikan tapi sebahagian kecil sahaja yang mampu mencapai, sebahagian besarnya gagal.

"Tetapi kita mengambil satu langkah berani kerana bagi kita tiada yang mustahil. Kalau Malaysia mahu menjadi sebuah negara maju, cemerlang dan hebat mahu bertanding sehingga ke peringkat antarabangsa setanding dengan negara gergasi dunia, maka sistem kita mesti sistem yang terbaik," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan