Saya Alu-Alukan Jika Salahuddin Mahu Tanding Di Pulai - Nur Jazlan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mengalu-alukan sekiranya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, berhasrat bertanding bagi kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Nur Jazlan yang menjadi anggota parlimen Pulai selama dua penggal mulai 2004 berkata adalah suatu penghormatan jika pemimpin PAS itu, yang juga anggota parlimen Kubang Kerian, mahu mencabarnya di kawasan itu. "Salahuddin ialah naib presiden PAS dan mahu bertanding dengan seorang ketua Umno Bahagian biasa, jadi sudah pasti ia pertandingan yang amat menarik...tapi jangan anggap beliau akan mendapat laluan mudah di Pulai.

"Saya dan Salahuddin tiada masalah di Parlimen...beliau kawan saya, jika benar beliau mahu bertanding kerusi parlimen Pulai, saya mengalu-alukannya. Saya tidak gentar," katanya di sini, Jumaat.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kuat mengatakan naib presiden PAS yang dilahirkan di Pontian itu akan bertanding di kawasan parlimen Pulai pada PRU-13 kali ini. Kepimpinan tertinggi PAS dikatakan mahu Salahuddin bertanding di Johor bagi memimpin jentera pilihan raya pakatan pembangkang dan seterusnya menjadi calon menteri besar Johor jika berjaya mengambil alih Dewan Undangan Negeri Johor.

Pada pilihan raya umum 2008, Nur Jazlan mengalahkan calon PAS, Abdullah Ideris dengan majoriti besar 20,449 undi manakala pada pilihan raya umum 2004 pula, beliau mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Md Nasir Ab Wahab dengan majoriti 34,926 undi.

Nur Jazlan yang fasih berbahasa Mandarin berkata faktor pengundi bukan Melayu yang kini melebihi pengundi Melayu berkemungkinan merupakan tarikan utama Salahuddin untuk bertanding di kawasan parlimen Pulai.

Katanya berdasarkan warta terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi kawasan parlimen Pulai kini 99,542 Melayu 48 peratus, Cina 41 peratus, India 10 peratus dan lain-lain, satu peratus.

"Seorang pemimpin PAS yang berjuang untuk membentuk negara Islam yakin menarik undi daripada pengundi kaum Cina di parlimen Pulai, sesuatu yang amat bertentangan dengan apa yang dimahukan pengundi Cina di sini.

"Saya yakin pengundi parlimen Pulai mengetahui apa yang sudah saya lakukan selama dua penggal menjadi wakil anggota parlimen mereka," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan