Program 'Keretapi Sarong' Diadakan di Enam Bandar Raya Esok

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mereka yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) esok dinasihatkan tidak terperanjat sekiranya mendapati para petugas di stesen sistem pengangkutan itu memakai sarung kerana mereka berbuat demikian sempena program 'Keretapi Sarong'.

Dalam kenyataannya, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) berkata kali ini, program berkenaan, yang memasuki tahun kedua bagi Kuala Lumpur, akan disertai bandar raya lain termasuk London, Melbourne, Washington DC, Boston dan Philadelphia, yang menganjurkan program serupa untuk perkhidmatan kereta api masing-masing. "Dengan mengambil ilham daripada program 'No Pants Subway', idea mengadakan program 'Keretapi Sarong' bertujuan mengajak orang ramai menaiki tren dengan memakai kain sarung dan berasa bangga dengan pakaian warisan itu, sambil bertemu kawan baharu dan bergembira melalui acara ini," kata kenyataan itu.

Pengarah Kumpulan Bahagian Rel Prasarana Khairani Mohamed berkata petugas LRT digalakkan menyokong dan bergembira dengan program yang dianjurkan itu.

"Bukan saja kerana ia sesuatu yang menyeronokkan, tetapi juga kerana ia merupakan cara promosi yang berkesan untuk perkhidmatan LRT kami dan produk Malaysia. Saya sungguh gembira kerana pihak lain turut mempromosi kain sarung kita yang terkenal ini. Ia merupakan suatu cara menarik untuk mendapat kawan baharu. "Program ini dianjurkan pertubuhan bukan mencari keuntungan, Random Alphabets (RA) dan maklumat lanjut mengenainya boleh didapati dengan melayari laman Facebook 'Keretapi Sarong (No Pants Subway) 2013 Kuala Lumpur," katanya.

Khairani berkata mereka yang menyertai program ini akan berkumpul di bawah stesen Titiwangsa dan Pudu pada pukul 3 petang esok. "Kemudian, mereka akan menuju ke Masjid Jamek dan menukar ke Aliran Kelana Jaya untuk menuju ke Pasar Seni. "Mereka akan menaiki tren ke destinasi lain juga. Apabila sampai di stesen ini, mereka akan turun untuk singgah di platform berkenaan sebelum menaiki tren berikutnya untuk meneruskan perjalanan. Terdapat juga orang bermain gitar dan alat genderang dalam kumpulan kecil di stesen yang disebutkan itu," katanya.

Beliau berkata peserta program ini digalakkan menulis tentang 'kisah sarung' masing-masing yang akan disiarkan dalam www.keretapisarong.posterous.com dan laman Facebook Random Alphabets. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan