PM Cabar SUPP Jadi Parti Pilihan Masyarakat Cina Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyahut cabaran untuk muncul sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang disegani serta parti pilihan masyarakat Cina di Sarawak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata anggota SUPP mesti bersatu dan mengetepikan perbezaan dalaman parti apabila berdepan dengan ujian sebenar meraih sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum.

"Saya mahu SUPP memainkan peranan anda. Semoga anda menyahut cabaran dan memikirkan masa depan Malaysia, BN dan SUPP sebagai parti dalam semangat sebenar sambutan Tahun Baharu Cina dan melambung Yee Sang," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di hadapan lebih 10,000 pengunjung pada perhimpunan sambutan pra Chap Goi Mei anjuran SUPP di bandar baharu, MJC Batu Kawah, di sini, Khamis malam.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan barisan pemimpin parti komponen BN negeri.

Acara tersebut turut disenaraikan di dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai bilangan terbesar 10,000 orang melakukan 'low sang' (melambung Yee Sang), mengatasi rekod 4,500 orang sebelum ini.

Yee Sang ialah sejenis hidangan salad ikan mentah dengan bercampur cebisan sayur-sayuran dan berankea sos dan perasa yang disediakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebagai lambang kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.PM Cabar SUPP Jadi Parti Pilihan Masyarakat Cina Sarawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyahut cabaran untuk muncul sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang disegani serta parti pilihan masyarakat Cina di Sarawak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata anggota SUPP mesti bersatu dan mengetepikan perbezaan dalaman parti apabila berdepan dengan ujian sebenar meraih sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum.

"Saya mahu SUPP memainkan peranan anda. Semoga anda menyahut cabaran dan memikirkan masa depan Malaysia, BN dan SUPP sebagai parti dalam semangat sebenar sambutan Tahun Baharu Cina dan melambung Yee Sang," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di hadapan lebih 10,000 pengunjung pada perhimpunan sambutan pra Chap Goi Mei anjuran SUPP di bandar baharu, MJC Batu Kawah, di sini, Khamis malam.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan barisan pemimpin parti komponen BN negeri.

Acara tersebut turut disenaraikan di dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai bilangan terbesar 10,000 orang melakukan 'low sang' (melambung Yee Sang), mengatasi rekod 4,500 orang sebelum ini.

Yee Sang ialah sejenis hidangan salad ikan mentah dengan bercampur cebisan sayur-sayuran dan berankea sos dan perasa yang disediakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebagai lambang kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Najib berkata kerajaan mahu melibatkan diri dengan masyarakat Cina yang telah banyak mendapat manfaat melalui dasar-dasar BN selain menghormati budaya dan gaya hidup mereka seperti menerima konsep GongXi Raya dan 1Malaysia yang menjadi sebati dalam minda rakyat.

"Jadi kita mempunyai banyak benda untuk bersyukur...Anda (masyarakat Cina) menikmati kehidupan yang baik kerana anda bekerja keras dan memiliki kemahiran dalam bidang keusahawanan tetapi keadaan ini semua juga kerana dasar BN yang mewujudkan peluang dan merangsangkan pertumbuhan ekonomi," katanya.

"Kita tidak menyekat atau menghalang anda untuk mencapai kejayaan," katanya, sambil menambah dalam bidang pendidikan, Malaysia adalah satu-satu negara dalam di dunia di luar China dan Taiwan yang membenarkan sekolah aliran Cina berkembang, satu hakikat yang diambil mudah oleh pihak tertentu.

Pada pilihan raya umum nanti, Najib berharap masyarakat Cina tidak memperjudikan masa depan Malaysia untuk anak-anak dan cucu mereka kerana sekiranya membuat kesilapan, negara akan 'menjunam' dan sukar sekali untuk pulih semula.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan