Pelan Transformasi Pendidikan Luar Bandar Sabah & Sarawak Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TENOM: Pelan Transformasi Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Pedalaman yang menyeluruh khusus untuk Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan komited dan prihatin untuk meningkatkan taraf pendidikan di kedua-dua negeri itu terutama di kawasan luar bandar. "Sebagai Menteri Pelajaran, saya memang bersetuju bahawa sekolah-sekolah yang ada di seluruh Sabah perlu kita pertingkatkan, mana yang kurang kita akan tambah dan mana yang uzur perlu kita ganti. "Sebab itu, saya nak maklumkan bahawa, kita di peringkat Kementerian Pelajaran sudah buat satu Pelan Transformasi Pembangunan Pendidikan Luar Bandar atau pedalaman khas untuk Sabah dan Sarawak.

"Saya nak menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan pelan ini yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Sabah dan Sarawak setanding dengan apa yang dicapai di negeri-negeri lain," katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Sri Antanom, di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin.

"Sebab itu saya harap tuan-tuan memberi sokongan supaya apabila saya meminta peruntukan daripada Perdana Menteri, mudah bagi beliau untuk menunaikannya. "Walaupun kita sekarang ini mendapat peruntukan yang banyak namun ia belum dapat menampung keperluan sama ada di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang perlu kita tingkatkan dan menambah bilik darjah, membuat dewan dan sebagainya," kata beliau.

Pada majlis itu, Muhyiddin meluluskan peruntukan untuk membina bangunan baharu Sekolah Menengah Chuang Hwa Tenom bernilai RM2 juta, pembinaan dewan serbaguna Sekolah Menengah Tshung Tsin Tenom (RM500,000) dan membaikpulih serta menaiktaraf sekolah-sekolah di daerah Tenom sebanyak RM5 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM3.5juta untuk menaiktaraf jalan-jalan kampung untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Kemabong, Tenom.

Muhyiddin juga bersetuju agar sebuah sekolah menengah vokasional dibina di Tenom. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan