Dr Noor Hisham Dilantik KP Kesihatan Baru

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan mulai 1 Mac ini.

Pelantikan Dr Noor Hisham, 50, bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan pada Khamis.

Ali berkata pelantikan Dr Noor Hisham, yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang perubatan.

Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008, merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya dan Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004 dan Pakar Bedah Umum pada 1994.

Dr Noor Hisham, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988.

"Saya percaya pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibilitinya mampu memastikan matlamat dan agenda kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh dan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik," kata Ali. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan