Daftar Pemilih Suku Tahun 4/2012 Diwarta Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan Daftar Pemilih Suku Tahun 4/2012 yang mengandungi 294,392 pemilih, terdiri daripada 243,204 pendaftaran baharu dan 51,188 pendaftaran bertukar alamat pusat mengundi.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said, dalam satu kenyataan menyebut langkah itu adalah sebagaimana dikehendaki Peraturan 21A & 22(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menetapkan supaya Daftar Pemilih Tambahan diperakui sebelum boleh diguna bagi sesuatu urusan pilihan raya.

Bagaimanapun, beliau berkata pewartaan itu hanya melibatkan permohonan pendaftaran baharu atau bertukar alamat pusat mengundi yang tidak terlibat dengan bantahan.

Katanya, bagi pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, SPR menangguhkan pemerakuan kepada permohonan itu sehingga bantahan diselesaikan melalui siasatan awam oleh suruhanjaya berkenaan.

Sepanjang tempoh pameran Daftar Pemilih Tambahan pada 17 hingga 30 Jan lepas, SPR menerima 630 bantahan melibatkan 19 bahagian pilihan raya Parlimen dan semua bantahan belum diselesaikan. Jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setelah dicampurkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 4/2012 dan Daftar Pemilih Induk Tahun 2011 adalah sebanyak 13,291,385 orang," katanya.

Orang ramai yang ingin membuat semakan boleh menghubungi talian 03-8885 6565 atau melayari laman sesawang SPR www.spr.gov.my atau melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan