BN Terus Kerja Kuat Laksana Agenda Bantu Rakyat Sarawak - PM

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SRI AMAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan terus bekerja kuat membangunkan Sarawak kerana banyak lagi agenda pembangunan untuk rakyat perlu dilaksanakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengambil bait-bait lirik lagu tempatan "Wawasan Berkikis Bulu Betis" sebagai simbolik janji tersebut, beliau berkata itu adalah gambaran kesungguhan BN untuk bekerja meneruskan agenda membantu rakyat negeri ini.

Lagu "Wawasan Berkikis Bulu Betis" adalah karya Andrewson Ngalai menggambarkan kesungguhan rakyat Sarawak untuk bangkit maju walau apapun cabaran yang perlu ditempuh.

"Saya minta rakyat (Sarawak) terus beri mandat kepada kita melalui majoriti pada PRU-13 (pilihan raya umum ke-13) untuk kerajaan BN selesaikan banyak lagi agenda rakyat negeri ini, banyak kita boleh lakukan dengan kerjasama yang padu bersama kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Percayalah banyak perubahan akan kita lakukan di Sarawak. Saya juga berjanji akan terus bekerja ibarat lagu 'Wawasan Berkikis Bulu Betis'...kita pastikan bumi Sarawak milik BN sekali lagi," katanya di hadapan kira-kira 5,000 penduduk Sri Aman pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang KPS Lama di sini, Khamis.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Abdul Taib dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, serta barisan Menteri-menteri Persekutuan dan Menteri Kabinet negeri.

Terdahulu, ketibaan Najib dan isteri disambut dengan tarian singa, dendangan hadrah serta paluan gong oleh penduduk dari Sri Aman, sebelum beliau dipakaikan baju tradisi kaum Iban 'baju burung' bermotif pua kumbu.

Mengulas lanjut, Najib menasihatkan rakyat Sarawak untuk hanya memilih parti yang telah membentuk sebuah kerajaan serta terbukti telah dapat membawa perubahan yang besar kepada negara.

"Pilih kerajaan yang bila janji..janji itu 'Janji Ditepati', kerana sekarang bila kita ungkapkan ayat 'Janji Ditepati' label ini sudah pun terlekat pada kerajaan BN sehingga parti pembangkang cukup gelisah kerana slogan itu telah kita amalkan dan laksanakan," katanya.

Mengambil contoh empat negeri dikuasai pembangkang, Najib berkata janji-janji yang telah dibuat pada pilihan raya umum 2008 sehingga kini masih ada yang belum ditunaikan.

"Pembangkang di semenanjung menguasai empat negeri, tanya rakyat Selangor berapa banyak janji ditunaikan...kalau janji elaun bulanan ibu tunggal, bayaran tadika, air percuma, janji tidak naik cukai tanah dan cukai pintu tidak ditunaikan, tidak mustahil janji kalau di Sarawak janji-janji mereka kepada rakyat tidak akan ditunaikan," katanya.

Sementara itu, Najib berkata beliau percaya rakyat dalam kawasan Parlimen Sri Aman akan terus memberi mandat kepada BN pada PRU-13 nanti.

"Saya sudah lihat dan buat perkiraan mudah tadi...saya buat perkiraaan berdasarkan majoriti telah dicapai oleh ketiga-tiga calon BN pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2011 lalu. Kita campur congak majoriti ketiga-tiga calon tadi, kalau semua undi BN sama seperti pilihan raya DUN...kita mampu dapat lebih 8,000 undi pada PRU13 nanti," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan