Azizan Terus Didesak Letak Jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menerima desakan lagi supaya meletak jawatan atau menghadapi lebih banyak tekanan dengan penutupan Unit Peti Undi (UPU) parti itu di negeri ini.

Seramai 200 anggota PAS Kota Siputeh yang mengadakan perhimpunan aman di Megat Dewa, dekat sini, mengumumkan tiga lagi UPU menjadikan lima ditutup sebagai protes terhadap menteri besar itu.

Tiga UPU itu ialah Megat Dewa, Kampung Pering dan Kampung Sanglang. Dua yang ditutup lebih awal ialah UPU Kampung Kandeh dan Kuala Sanglang. Kawasan dewan undangan negeri Kota Siputeh mempunyai 17 UPU.

Ketua Penerangan PAS cawangan Megat Dewa, Asri Ahmad mendakwa Azizan menjadi punca empat daripada lapan kawasan parlimen yang bakal ditandingi PAS pada pilihan raya umum ke-13 nanti, bergolak dan 11 daripada 26 DUN dicatur oleh Azizan untuk meletak orangya.

"Dia menqonyeh (merosakkan) parti di setiap peringkat, tidak menangani masalah yang timbul dengan baik dan lebih membela Umno. Dia menganggap kami lembu dogoi. "Konspirasi untuk menjatuhkan calon yang dipilih akar umbi melalui undi juga menyumbang kepada masalah dalaman PAS selain sikap Azizan lebih mendengar pengampu daripada akar umbi," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan itu.

Asri mendakwa 11 kawasan DUN yang dicatur oleh Azizan untuk calon pilihannya ialah Bandar Baharu, Sungai Tiang, Tokai, Alor Mengkudu, Pengkalan Kundor, Kota Siputeh, Tanjung Dawai, Merbau Pulas, Jeneri, Belantik dan Sungai Limau (kawasan Azizan) manakala kawasan parlimen yang bergolak ialah Pendang, Sik, Baling dan Jerlun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan