SPA Kaji Kaedah Keluar Surat Tawaran Pelantikan Secara Dalam Talian

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejajar dengan program transformasi kerajaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mengkaji kaedah pengeluaran surat tawaran pelantikan secara dalam talian kepada calon yang berjaya.

Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam berkata kaedah itu dilihat lebih efisien dan mudah berbanding secara pos atau menghubungi calon melalui telefon.

"Kita sedang kaji kaedahnya dan perlu tengok cara terbaik untuk melaksanakannya kerana dokumen yang hendak dikeluarkan itu melibatkan keselamatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran pelantikan kepada 298 calon yang berjaya, di sini, Khamis.

Mereka terdiri Pegawai Tadbir dan Diplomatik (18 orang), Pegawai Perubatan (98 orang), pegawai penyelidik (seorang), pegawai farmasi (28 orang), pegawai pergigian (tujuh orang), penolong pegawai teknologi maklumat (70 orang) dan penolong pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (76 orang).

Mahmood berkata majlis penyerahan surat tawaran pelantikan itu pertama kali diadakan sejak penubuhan SPA 55 tahun lalu bertujuan merakyatkan perkhidmatan awam serta memberi peluang kepada penjawat awam baharu dilantik berinteraksi secara terus dengan pegawai suruhanjaya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan