Shahrizat Desak Kedah Siasat Isu Kuin

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendesak supaya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan oleh kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Ketua Wanita Umno itu berkata, ia merupakan tanggungjawab kerajaan negeri Kedah untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Jangan lepas tangan sahaja. Mereka mesti bertanggungjawab,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan dengan lima wakil di kalangan kakitangan dan enam peguam.

Beliau menambah, sayap itu menawarkan nasihat perundangan secara percuma kepada mereka.

Dilaporkan satu kumpulan yang diwakili kakitangan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, baru-baru ini.

Kakitangan itu berkata, mereka turut berharap agar Azizan dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sejak empat tahun lepas.

Ini termasuk kenaikan gaji, bonus, potongan gaji dan anak syarikat Kuin sedia, yang didakwa oleh kakitangan itu bahawa ia tidak memberi keuntungan kepada kolej universiti itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan