PM Cabar SUPP Jadi Parti Pilihan Masyarakat Cina Sarawak

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyahut cabaran untuk muncul sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang disegani serta parti pilihan masyarakat Cina di Sarawak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata anggota SUPP mesti bersatu dan mengetepikan perbezaan dalaman parti apabila berdepan dengan ujian sebenar meraih sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum.

"Saya mahu SUPP memainkan peranan anda. Semoga anda menyahut cabaran dan memikirkan masa depan Malaysia, BN dan SUPP sebagai parti dalam semangat sebenar sambutan Tahun Baharu Cina dan melambung Yee Sang," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di hadapan lebih 10,000 pengunjung pada perhimpunan sambutan pra Chap Goi Mei anjuran SUPP di bandar baharu, MJC Batu Kawah, di sini, Khamis malam.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan barisan pemimpin parti komponen BN negeri.

Acara tersebut turut disenaraikan di dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai bilangan terbesar 10,000 orang melakukan 'low sang' (melambung Yee Sang), mengatasi rekod 4,500 orang sebelum ini.

Yee Sang ialah sejenis hidangan salad ikan mentah dengan bercampur cebisan sayur-sayuran dan berankea sos dan perasa yang disediakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebagai lambang kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.PM Cabar SUPP Jadi Parti Pilihan Masyarakat Cina Sarawak

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menyahut cabaran untuk muncul sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) yang disegani serta parti pilihan masyarakat Cina di Sarawak.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata anggota SUPP mesti bersatu dan mengetepikan perbezaan dalaman parti apabila berdepan dengan ujian sebenar meraih sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum.

"Saya mahu SUPP memainkan peranan anda. Semoga anda menyahut cabaran dan memikirkan masa depan Malaysia, BN dan SUPP sebagai parti dalam semangat sebenar sambutan Tahun Baharu Cina dan melambung Yee Sang," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di hadapan lebih 10,000 pengunjung pada perhimpunan sambutan pra Chap Goi Mei anjuran SUPP di bandar baharu, MJC Batu Kawah, di sini, Khamis malam.

Turut hadir isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan barisan pemimpin parti komponen BN negeri.

Acara tersebut turut disenaraikan di dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai bilangan terbesar 10,000 orang melakukan 'low sang' (melambung Yee Sang), mengatasi rekod 4,500 orang sebelum ini.

Yee Sang ialah sejenis hidangan salad ikan mentah dengan bercampur cebisan sayur-sayuran dan berankea sos dan perasa yang disediakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sebagai lambang kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan