Perbalahan Pembahagian Kerusi DAP-PKR Johor Tidak Perlu Dihebahkan - Azizah

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan perbezaan pendapat berhubung pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Uumum Ke-13 (PRU-13) dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat di Johor sepatutnya tidak dihebahkan kepada pengetahuan umum.

Beliau berkata sebarang perbezaan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat sepatutnya diselesaikan secara dalaman, sebagaimana yang telah disarankan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"PAS, DAP dan PKR telah membuat impak besar dalam landskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok.

"Hubungan ini harus dijaga. Kenyataan-kenyataan media yang negatif tidak membantu dan boleh dieksploitasi pihak lawan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Azizah turut menegaskan bahawa PKR juga akan terus memberi keyakinan kepada Dr Chua Jui Meng untuk memimpin Majlis Pimpinan Negeri Johor.

Menurutnya, Jui Meng telah begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat.

Selasa lalu, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh turut menyuarakan kebimbangannya berhubung konflik antara DAP dan PKR di Johor yang disifatkannya boleh menggugat persefahaman kedua-dua parti.

Beliau dilaporkan berkata DAP memandang berat penegasan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR, Jui Meng didakwa sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan