Peraturan Baru Lindungi Pembeli Dalam Talian Akan Dilaksana Mulai 1 Julai

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelaksanaan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 akan mula berkuat kuasa pada 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih 1.1 juta rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion dalam pelbagai transaksi dalam talian pada tahun 2010, dan nilai itu dijangka mencecah hampir tiga kali ganda kepada RM5 bilion pada tahun depan.

“Daripada 1.1 juta pembeli dalam talian, 67% mereka berusia antara 15 dan 39 tahun. Dalam tempoh 10 tahun lagi, kumpulan ini bertambah dewasa dan terus menggunakan internet, dan kumpulan baru juga akan mengikutinya.

“Segmen ini berkembang… sebab itulah kementerian berpandangan bahawa sekiranya peraturan terus longgar, lebih banyak penipuan akan berlaku,” katanya ketika mengumumkan pelaksanaan peraturan baru itu dalam satu sidang media di sini pada Rabu.

Sejajar dengan peraturan baru itu, kementerian turut memperkenalkan garis panduan perdagangan elektronik untuk para pengguna bagi mengelakkan daripada ditipu.

Garis panduan itu dijangka akan dipaparkan dalam laman web kementerian di www. Kpdnkk.gov.my bermula Rabu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan