Malaysia Negara Islam - Muzakarah Pakar

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah sebuah negara Islam walaupun tidak semua prasyarat atau kriteria negara Islam sepertimana digariskan ulama dipenuhi, demikian rumusan Muzakarah Pakar, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

Muzakarah bertajuk "Malaysia: Kemelut Negara Islam-Negara Sekular" itu juga berpendapat bahawa untuk menafikan sifat Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah sesuatu yang keterlaluan dan bertentangan dengan prinsip kebijaksanaan.

Rumusan pakar itu juga menyebut bahawa pelaksanaan komprehensif undang-undang syariah umumnya, dan hudud khususnya, bukan satu-satunya prasyarat dalam menentukan sama ada sesebuah negara itu Islam atau sekular.

"Penentuan status sesebuah negara tidak semestinya terikat dengan penjenamaan, peruntukan atau perisytiharan dalam dokumen-dokumen rasmi dan perundangan. Ia juga boleh ditentukan oleh kecenderungan, amalan dan praktis yang dominan oleh sesuatu kerajaan yang memerintah," menurut rumusan yang dikeluarkan pada Khamis.

Muzakarah itu dihadiri 60 peserta terdiri daripada pengamal undang-undang, pegawai jabatan agama dan jabatan kerajaan, pakar akademik serta badan-badan bukan kerajaan (NGO).

"Sejarah membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah bersifat sekular atau tidak beragama. Sebelum dan semasa pentadbiran British, agama Islam sentiasa menjadi nadi kepada sistem perundangan negara. Kemasukan undang-undang Inggeris mengehadkan skop undang-undang Islam tetapi ia tidak berjaya menukar sifat keagamaan negara kepada sifat sekular," katanya.

Menurut muzakarah itu juga, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan boleh dianggap memberikan identiti kepada Malaysia sebuah negara Islam. Realitinya, ia bukan sahaja diakui sebagai sebuah negara Islam, tetapi juga sebagai negara Islam contoh abad ini.

"Tiada apa-apa sekatan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Parlimen daripada mengadakan atau melaksanakan undang-undang Islam.

"Ramai pengamal undang-undang sivil tidak sedar bahawa terdapat undang-undang sedia ada yang selaras dengan syariah menakala ahli-ahli syariah pula tidak tahu bahawa semangat dan prinsip-prinsip syariah telah pun diterjemah dan dijadikan undang-undang," menurut rumusan itu.

Muzakarah itu juga berpendapat bahawa terdapat banyak prasyarat dan ciri negara Islam mengikut penjelasan para ulama, tetapi tidak semuanya mesti dipenuhi secara tegar dalam menentukan status sesebuah negara sama ada Islam atau sebaliknya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan