Majikan Kecil, Sederhana Disaran Mohon Lanjut Tarikh Laksana Gaji Minimum

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majikan kecil dan sederhana yang tidak berupaya melaksanakan gaji minimum, disaran memohon agar diberi lanjutan tarikh pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lepas.

Majlis Perundingan Gaji Negara dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, permohonan itu perlu dibuat secara individu kepada urus setia majlis, yang hanya akan mempertimbang pelanjutan tarikh bagi penstrukturan semula gaji pekerja asing.

Menurut kenyataan itu, bagi pekerja tempatan, majikan perlu membayar kadar gaji minimum RM900 sebulan bagi Semenanjung manakala RM800 sebulan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai tarikh ia dikuat kuasa.

Sehubungan itu, majikan yang memohon pelanjutan tarikh tersebut tidak dibenar membuat potongan levi dan kos penginapan daripada gaji pekerja.

Kenyataan itu menyebut majikan yang telah melaksana pembayaran gaji minimum namun berdepan masalah pembayaran dinasihat memohon kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk memotong bayaran levi dan kos penginapan daripada gaji pekerja.

Majlis Perundingan Gaji Negara turut menyatakan pemotongan kos penginapan tidak tertakluk bagi sektor perladangan, dan majikan yang telah melaksanakan gaji minimum tidak dibenar memohon pelanjutan tarikh penguatkuasaan itu.

Kenyataan itu juga menyebut pelaksanaan gaji minimum akan diteruskan kecuali bagi majikan yang diluluskan permohonan rayuan pelanjutan tarikh tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan