BN Sarawak Akan Pastikan Mandat Besar Untuk PM - Taib

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Barisan Nasional (BN) Sarawak akan berjuang berhabis-habisan bagi memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 agar terus menerajui negara, kata Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata Perdana Menteri sering melawat Sarawak sejak menerajui kepimpinan negara dan memahami isu dan aspirasi masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Berucap pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini malam tadi yang turut dihadiri Najib, beliau berkata beliau yakin Najib akan melaksanakan konsep 1Malaysia dengan mempromosi perpaduan dan kemajuan yang lebih besar sekiranya beliau terus diberi mandat.

"Sebarang kemajuan yang kita kecapi setakat ini, sebarang perkara baik yang dapat kita lakukan untuk negeri kita, akan mendapat lebih pengukuhan dan sokongan dari kerajaan persekutuan apabila anda (Najib) menjadi perdana menteri," katanya.

Taib berkata rakyat tidak boleh kehilangan Najib yang telah membuktikan beliau pemimpin terbaik negara.

Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin yang turut berkongsi sentimen dengan Taib berkata walaupun pilihan raya belum diumumkan, pembangkang telah berada dalam dilema untuk mencari orang yang layak memimpin sekiranya mereka menang.

Beliau berkata pemimpin pembangkang sama ada tidak layak atau tidak memiliki pengalaman untuk menerajui kepimpinan negara kerana tidak berfikiran terbuka dan tidak berkeupayaan membuat keputusan yang betul. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan