AirAsia India Beroperasi Pada Suku Keempat - Tony Fernandes

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia India, syarikat penerbangan usaha sama yang baru dicadangkan untuk penduduk India yang berjumlah 1.2 bilion, dijangka memulakan operasinya pada suku keempat tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes berkata tempoh masa berkenaan tertakluk kepada semua kelulusan pengawalseliaan diperoleh daripada pihak berkuasa India.

Semasa ditanya mengenai kos pelaburan bagi AirAsia India, Fernandes berkata adalah masih awal untuk menyatakannya, tetapi beliau berkata kos memulakan syarikat penerbangan baharu biasanya kira-kira US$30 juta hingga US$50 juta.

"Kami perlu melalui proses tersebut. Saya berharap kami boleh mendapatkan kelulusan dan memulakan operasi pada tahun ini, atau mungkin pada suku keempat, " kata Fernandes kepada Bernama melalui telefon dari London.

Pada Rabu, AirAsia, melalui cabang pelaburannya, AirAsia Investment Ltd, mengemukakan permohonan kepada Lembaga Penggalakkan Pelaburan Luar India bagi mendapatkan kelulusan bagi AirAsia Investment untuk melabur 49 peratus menjadi syarikat penerbangan usaha sama India yang dicadangkan itu.

Usaha sama itu antara AirAsia Investment dan dua pihak India iaitu Tata Sons Ltd dan Arun Bhatia Telestra Tradeplace Pvt Ltd.

Syarikat penerbangan yang dicadangkan itu merancang untuk beroperasi dari Chennai, Tamil Nadu, dan memberi tumpuan menyediakan penyambungan domestik Tahap II/Tahap III kepada pengembara India.

Ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai usaha sama berkenaan, Fernandes berkata Tata Sons dan keluarga Bhatia akan menguasai kepentingan masing-masing 30 peratus dan 21 peratus.

"Modal saham masih belum diputuskan kerana kami perlu menunggu kelulusan sewajarnya," katanya.

Ditanya mengenai mengapa AirAsia India memilih Chennai sebagai habnya, Fernandes berkata rantau India selatan dilihat sebagai 'medan' syarikat penerbangan kos rendah, memandangkan pelbagai tahap penyambungan yang AirAsia tawarkan ke bandar-bandar selatan dari Kuala Lumpur dan Thailand.

"Kami (AirAsia) tahu kawasan itu. Itulah kawasan kami," katanya.

Syarikat penerbangan kos rendah itu kini mengendalikan Malaysia AirAsia, AirAsia Japan, AirAsia Thai, AirAsia Indonesia dan AirAsia Philippines.

Sebuah unit AirAsia di India dan China dikatakan menjadi aspirasi utama Fernandes, yang memberi ilham di sebalik kenaikan ketara syarikat penerbangan tambang rendah sejak penubuhannya pada 2001. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan