ADUN Kuala Nerang Adakan Program Jelajah Ke 140 Kampung

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim akan menjelajah semua 140 buah kampung dalam kawasan itu dalam program 'Jelajah Prihatin Rakyat 2013: Terima Kasih BN.'

Program bermula dua hari lepas itu dilancarkan pada Khamis di Kampung Dalam, Mukim Perik, dekat sini sempena program menimba ikan secara tradisional bersama masyarakat Kampung Dalam, Padang Balai, Perik, Belukar dan Kampung Kubu.

Syed Sobri berkata program jelajah itu diadakan bagi mendekati rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka serta menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya dalam program itu, beliau dan konvoi Pasukan Petugas Adun Kuala Nerang akan turut bergotong royong bersama masyarakat kampung, menyampaikan bantuan kepada warga emas, orang susah dan mengadakan kenduri rakyat.

Program tahunan bermula 2008 itu biasanya bermula menjelang bulan puasa tetapi kali ini diawalkan dan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 diisytiharkan, katanya kepada pemberita selepas selesai program menimba ikan bersama-sama masyarakat kampung berkenaan.

Beliau kemudian merasmikan jambatan menghubungkan Kampung Dalam dan Kampung Balai berharga RM200,000 yang dibina menerusi peruntukan Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, yang memberi kemudahan kepada hampir 1,000 penduduk kedua-dua kampung. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan