Usah Komersialkan Air Jampi - KP Jakim

Diterbitkan: Rabu, 20 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Air jampi tidak wajar dikomersilkan kerana boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam itu sendiri, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Menurutnya, kecenderungan sesetengah pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui cara itu dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat apabila mereka percaya kesembuhan penyakit yang dihidapi datang daripada air berkenaan.

"Contohnya air ini boleh melariskan perniagaan, menyembuhkan penyakit, menjadikan bijak. Ruqyah (jampi) ini sepatutnya dibacakan oleh orang yang selayaknya dan mengikut kaifiat (kaedah) dan syarat tertentu.

"Apabila perkara ini dikomersilkan, kita khuatir ia tidak mematuhi syarat dan kaifiat itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun Othman tidak menafikan terdapat kaedah menggunakan air dijampi sebagai penawar dan ubat dalam Islam.

"Tetapi kebiasaannya pihak yang ingin mendapat rawatan perlu bertemu terus dengan pengamal perubatan Islam yang dipercayai dan lebih baik dengan perawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

"Orang yang membuat air jampi ini lazimnya seorang yang warak dan mustajab doanya di sisi Allah. Bagaimanapun, nasihat saya... usah dikomersilkan," katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.

Ismail Sabri berkata, iklan yang dikeluarkan tidak boleh mengelirukan pengguna semata-mata untuk menarik pengguna membeli produk berkenaan dan kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan