Tiga Cedera Bumbung Stadium Sedang Dibaik Pulih Runtuh - Berita Semasa | mStar

Tiga Cedera Bumbung Stadium Sedang Dibaik Pulih Runtuh

Diterbitkan: Rabu, 20 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiga pekerja di Stadium Sultan Mizan cedera selepas struktur keluli pada bumbung stadium yang sedang diperbaiki runtuh kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu.

Tiga pekerja warga tempatan yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Anggota bomba dan polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu.

Pada Jun 2009, sebahagian bumbung di granstand utama stadium berkenaan runtuh setahun selepas ia dibuka secara rasmi untuk Sukan Malaysia (Sukma).

Tiada kecederaan dilaporkan.

Kerja-kerja baik pulih hanya dijalankan pada hujung tahun lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan