Projek Kesejahteraan Buktikan Hubungan Kukuh Malaysia-Singapura

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Projek kesejahteraan Afiniti Medini dan Avira di Medini Iskandar Malaysia, bakal menjadi projek mercu tanda yang bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Singapura, malah turut mencerminkan hubungan yang semakin kukuh antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkannya sebagai permulaan pelaburan yang akan semakin meningkat dari Singapura, berkata menerusi sokongan kerajaan Singapura, sektor swasta di republik itu akan memberi sambutan positif untuk memindahkan pelaburan atau membuat pelabuhan baharu di Iskandar Malaysia.

"Pada perbincangan dua hala pagi ini, kami menekankan mengenai pentingnya kumpulan kerja industri untuk bertemu secara tetap bagi menggalakkan pelabur dari Singapura memindahkan pelaburan ke sini selain untuk membuat pelaburan baharu di Iskandar.

"Dan Iskandar, seperti yang anda ketahui, mempunyai banyak tarikan. Kejayaan Iskandar sudah melepasi rancangan serantau dan saya yakin, menerusi sokongan kerajaan Singapura, sektor swasta akan memberikan sambutan positif," kata Najib.

Najib berkata demikian pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas majlis pecah tanah projek di sini.

Lee berkata kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen tinggi dan memacu pembangunan Iskandar Malaysia yang memperoleh banyak pelaburan termasuk sejumlah besar dari Singapura.

"Oleh itu, saya yakin ada banyak potensi, dari sudut pandangan Singapura, kami berkembang. Pada masa yang sama terdapat banyak limpahan daripada syarikat0syarikat Singapura yang mahu mengembangkan peniagaan atau syarikat yang mahu datang ke Singapura namun tidak sesak dan saya percaya Iskandar menawarkan peluang utama untuk mereka," kata Lee.

Beliau berkata selagi kerajaan Malaysia menghubungkan Iskandar dengan Singapura, ia merupakan prospek yang baik dari sudut pandangan Singapura.

"Kami sangat gembira ia akan berjaya," kata Lee.

Beliau berharap projek Pembangunan Kesejahteraan itu akan memberi manfaat kepada penduduk Malaysia dan Singapura, malah mereka dari rantau ini untuk "mengecas bateri masing-masing" menikmati dan menyerap semangat kesejahteraan.

Afiniti Medini, projek kesejahteraan bandar, bakal menjadi destinasi serantau untuk keluarga, pelancong dan profesional yang mahu menggabungkan pengalaman kesejahteraan, runcit dan hospitaliti selain keperluan latihan korporat dalam pakej menyeluruh.

Sementara itu, Avira, projek resort kesejahteraan, akan menawarkan penghuni kota raya yang mempunyai gaya hidup yang sibuk, dengan gaya hidup nyaman sepanjang tahun di kawasan kehijauan di kawasan pembangunan seluas 85 hektar.

Afiniti Medini membabitkan pelaburan bernilai RM300 juta manakala Avira melibatkan pelaburan bernilai RM350 juta.

Afiniti Medini dibangunkan oleh Pulau Indah Ventures Sdn Bhd (PIV), usaha sama 50:50 antara Khazanah dan Temasek manakala Avira dimajukan oleh Nuri Merdu Sdn Bhd (NMSB), usaha sama 50:50 antara PIV dan Eastern & Oriental Bhd (E&O). - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan