Pilihan Raya Tidak Jejas Tahun Melawat Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Usaha untuk menarik 26 juta pelancong asing dan domestik dalam program Tahun Melawat Malaysia sepanjang tahun ini tidak akan terjejas walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berlangsung tidak lama lagi.

Menyatakan demikian, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, jika kemasukan pelancong asing berkurangan ia akan ditampung pelancong domestik.

"Mengikut pengalaman yang lepas-lepas pelancong domestik akan menyewa bilik-bilik hotel dan membeli belah sepanjang tempoh kempen diadakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat Tahun Melawat Malaysia dan dialog bersama penggiat industri pelancongan Kelantan di sini, Selasa.

Lebih 300 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan pihak industri pelancongan serta Penasihat Khas kepada Menteri Pelancongan, Sulaiman Ismail hadir. Mirza berkata, pelancong asing terbesar memasuki negara ini ialah dari Thailand, Filipina, China, India, Brunei, Singapura dan Indonesia. Pelancong lain ialah dari Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara Arab yang gemar menikmati keindahan semula jadi negara ini, katanya.

Mirza berkata, kementeriannya diberi peruntukan lebih RM420 juta tahun ini termasuk untuk pengurusan dan promosi Tahun Melawat Malaysia ke seluruh dunia.

"Ini tidak termasuk peruntukan yang dibelanjakan oleh pihak swasta terutama hotel-hotel yang mengadakan promosi masing-masing," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan