Peruntukan RM14 Juta Untuk Baik Pulih Dan Naik Taraf Kemudahan Di PWTC

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Putrade Property Management Sdn Bhd memperuntukkan RM14 juta pada tahun ini untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Maxson Abdullah Jaafar berkata peruntukan dua kali ganda berbanding RM7 juta pada tahun sebelumnya itu bertujuan memberi keselesaan kepada setiap pelanggan yang memilih PWTC sebagai tempat penganjuran acara.

"Pada tahun lepas, pihak kami sudah selesai membaik pulih kesemua tandas, bilik VIP, dan tempat letak kereta di dalam dan luar kawasan PWTC, manakala pada tahun ini pula kami akan membaik pulih ballroom dan beberapa dewan termasuk Dewan Merdeka," katanya kepada pemberita di Majlis Penghargaan Terima Kasih Sempena Sambutan 'Yee Sang', Selasa.

Seramai 400 orang tetamu terdiri daripada pelanggan korporat PWTC hadir di majlis tersebut yang dimeriahkan lagi dengan kehadiran Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Maxson berkata, PWTC akan sentiasa memastikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang memilihnya sebagai tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan, pameran, konvensyen, dan seminar.

"Pada tahun lepas terdapat 50 acara besar dianjurkan di sini dan bersempena dengan tahun ular ini kami berharap aktiviti dan acara yang bakal dikendalikan meningkat dua kali ganda," katanya.

Sekatat ini, katanya, PWTC sudah menerima 40 tempahan untuk penganjuran pameran, dan 22 tempahan untuk majlis perkahwinan.

Selepas suku pertama tahun ini, PWTC akan menyediakan beberapa promosi dan tawaran harga bagi tempahan baru kepada bakal pelanggan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan