Akhbar Harian Australia Dakwa Tindakan Malaysia 'Salah' Usir Xenophon

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Editor akhbar harian Australia menyuarakan rasa tidak setuju terhadap pengusiran Senator Nick Xenophon pada Sabtu.

Editor politik dan antarabangsa 'Sydney Morning Herald' Peter Hartcher menulis di dalam kolum beliau pada Selasa bahawa keputusan kerajaan Malaysia mengharamkan kemasukan Xenophon "menjelaskan dengan baik tentang keadaan kerajaan negara ini, yang berkuasa dan menjadi pemerintah paling lama di dunia bagi negara bukan komunis menjelang pilihan raya."

"Sebabnya kerana beliau adalah seorang pemerhati antarabangsa yang berkempen untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ini bukan satu ancaman kepada keselamatan negara Malaysia, tetapi ia satu ancaman kepada cengkaman kuasa parti pemerintah," Hartcher menulis.

"Xenophon berkata penahanan dan pengusiran itu menunjukkan satu tahap 'paranoid'.

"Tetapi adakah sifat paranoid, atau adakah parti pemerintah benar-benar mempunyai sesuatu yang ditakuti terhadap pilihan raya yang mesti diadakan menjelang akhir April?," kata Hartcher.

Xenophon telah ditahan oleh Jabatan Imigresen selama kira-kira 15 jam selepas dia mendarat di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada Sabtu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Xenophon telah disenaraihitamkan kerana beliau adalah ancaman dan "bahaya kepada masyarakat Malaysia".

Hartcher juga menegur kerajaan Australia sendiri yang memberi tindak balas "jinak" dengan keadaan ini, dengan menyifatkan ia sebagai "tidak tegas" dalam membela rakyat di luar negara.

"Tetapi, melihat semua yang berlaku, tindakan melampau Malaysia terhadap Xenophon hanya mengesahkan bahawa negara ini bukan demokrasi yang matang," katanya.

Walau bagaimanapun, sebuah akhbar Australia tidak bersetuju dengan tindakan Xenophon yang mencetuskan perkara itu, dan menggelarkannya sebagai "mahu menonjolkan diri" dan "mempromosikan diri".

Sambil mengakui kesalahan kerajaan Malaysia dalam mengendalikan pengusiran, editor asing 'The Australian', Greg Sheridan berkata pihak Xenophon hanya berkempen untuk sebelah pihak dalam politik Malaysia - pembangkang.

"Beliau mungkin mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara.

"Xenophon mahu kerajaan Australia menghantar pemerhati pemilih dalam pilihan raya Malaysia yang akan datang. Idea ini adalah bodoh dan tidak praktikal," tulis Sheridan.

Dia juga menulis Malaysia "dalam sudut apa sekali pun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara.

"Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia.

"Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana".

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan