Xenophon Dikritik Kerana Campur Tangan Dalam Politik Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak 'bodoh atau sengaja mempromosi diri' berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.

Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah 'bodoh dan tidak praktikal'.

Sheridan juga menuduh Xenophon 'berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia - pihak pembangkang'.

Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

"Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak," katanya.

"Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari. "Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah. "(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara," kata Sheridan.

Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia "dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara.

"Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia. "Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana".

Xenophon ditahan sebaik sahaja beliau tiba di Terminal Penerbangan Tambah Murah (LCCT) Sepang pada 6.50 pagi Sabtu dari Melbourne. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata larangan kemasukan membabitkan Xenophon itu adalah mengikut Seksyen 8(3) Akta Immigresen 1959/63 sebagai orang yang dilarang masuk.

Beliau telah dihantar pulang pada malam yang sama.

Sebelum ini Xenophon pernah menyertai Himpunan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) turut dikenali kerana mengkritik indusrtri minyak masak yang didakwa tidak bagus untuk kesihatan serta memusnahkan habitat Orang Utan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan