Tarikh Pembubaran DUN Selangor: Khalid Cuba Mengelak

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin cuba mengelak daripada memberikan jawapan berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikhabarkan akan diumumkan pada minggu hadapan.

Ditanya oleh pemberita pada satu majlis di sini, sama ada beliau telah menemui pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk membincangkan tarikh pembubaran, Khalid hanya berkata 'strategi pilihan raya dan taktik' akan dibincangkan.

"Saya akan membuat pengumuman selepas Chap Goh Meh (24 Februari),” katanya selepas mengadakan mesyuarat dengan penjawat awam di sini.

Khalid menambah beliau juga masih belum bertemu dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Bulan lalu, Khalid dilaporkan berkata beliau akan membubarkan DUN selepas Chap Goh Meh sekiranya Parlimen tidak dibubarkan.

"Rakyat memberi kita tempoh lima tahun dan saya tidak mahu melebihi daripada tempoh berkenaan," katanya.

DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 22 April.

Khalid berkata walaupun pembubaran DUN merupakan kuasa Menteri Besar dan Sultan Selangor, tempoh dan hari pengundian merupakan bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Selangor sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Sekiranya ia berlaku serentak dengan pilihan raya Parlimen, ia sangat baik dan bagus," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Khalid berkata adalah sangat penting bagi kerajaan negeri memastikan kewangan mereka adalah kukuh bagi memastikan mereka tidak meminta peruntukkan daripada kerajaan Pusat.

Rizab tunai kerajaan negeri pada ketika ini adalah RM2.5 bilion berbanding RM500 juta pada 2007, katanya.

Ditanya mengenai kewangan yang lemah kerajaan negeri Kedah, Kha;od berkata ia mungkin menjejaskan kenyakinan terhadap sistem pentadbiran.

Ditanya mengenai kewangan yang lemah kerajaan negeri Kedah, Kha;od berkata ia mungkin menjejaskan kenyakinan terhadap sistem pentadbiran.

Terbaru, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah meminta pampasan sebanyak RM100 juta setiap tahun daripada kerajaan Pusat sekiranya mahu aktiviti pembalakan di negeri dihentikan. "Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang tokoh korporat, tidak ramai orang mahu berniaga dengan anda melainkan syarikat anda mempunyai asas kewangan yang kukuh.

"Sekiranya saya umumkan (pembinaan) jambatan Klang ketiga akan dibiayai oleh kerajaan Pusat, hanya ada 1 peratus kerajaan Pusat menyatakan setuju," kata Khalid.

Ketika membentangkan belanjawan negeri pada tahun lalu, kerajaan negeri mengumumkan bahawa mereka akan memberikan sebanyak RM300 juta bagi membina jambatan ketiga menyeberangi Sungai Klang.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan