SPRM Selesai Tapis Keutuhan Bakal Calon Bertanding PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai mengadakan proses tapisan keutuhan untuk calon-calon daripada parti-parti politik yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahannya Datuk Sutinah Sutan berkata SPRM masih bersedia menerima permohonan bagi tujuan itu jika parti-parti politik ingin berbuat demikian di saat-saat akhir.

Tanpa menyebut butiran dan keputusan proses itu, beliau berkata tapisan untuk politik bukan perkara baru kerana SPRM telah menapis 891 calon pada pilihan raya umum 2008.

"Hasil daripada proses ini akan dimaklumkan kepada pihak pemohon dan keputusan muktamad untuk menentukan calon itu, bukan bidang kuasa SPRM, tetapi bidang kuasa parti berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani ikrar integriti korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) bersama SPRM di sini, Isnin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan, Pengarah SPRM Negeri Sembilan Sok One a/l Esen dan Pengurus Besar SAINS Zulkifli Ibrahim.

Sutinah berkata sebenarnya tiada peruntukan undang-undang yang memerlukan mereka menghantar nama kepada SPRM untuk membuat proses tapisan dan ia adalah inisiatif SPRM untuk memastikan calon-calon yang akan mentadbir negara nanti seorang yang berintergriti dan bersih daripada rasuah.

"Ini merupakan kaedah atau pendekatan yang kita tawarkan melalui tapisan keutuhan. Nama bakal calon ini kita rahsiakan. Ini aspek kerahsiaan yang kita akan jaga," katanya.

Kebiasaannya proses ini mengambil masa sekitar seminggu atau dua minggu dan paling lama sebulan, katanya.

Beliau berkata tapisan ini bukan hanya khusus untuk calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum dan ia juga dibuat ke atas individu yang akan menduduki sesuatu jawatan penting.

Mengikut pekeliling yang dikeluarkan sejak tahun 1985, ia memberi kuasa kepada SPRM untuk membuat tapisan ke atas penjawat awam antaranya untuk tujuan kenaikan pangkat, bersara awal dan perakuan sebelum mendapat pingat.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini 175 syarikat di negara ini telah menandatangani ikrar integriti korporat bersama SPRM yang menekankan aspek pencegahan rasuah dalam dunia perniagaan dengan mewujudkan kod etika perniagaan dalam tiga industri utama iaitu sektor peralatan perubatan, farmaseutikal dan pembinaan yang berisiko tinggi rasuah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan