ROS Sahkan Terima Laporan DAP

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Ahad mengesahkan ia telah menerima laporan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 8 Februari lepas, lebih awal sebelum tarikh yang ditetapkan untuk parti itu pada 15 Februari.

“Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan saya sebelum ini adalah berdasarkan maklumat yang tidak dikemaskini dan ini telah membawa kepada kekeliruan,” kata Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman dalam satu kenyataan pada lewat Ahad.

“ROS memohon maaf kepada semua pihak berkenaan berhubung kesilapan ini,” katanya.

Menurutnya, siasatan terhadap pemilihan CEC DAP adalah berterusan dan akan dimuktamadkan secepat mungkin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau dimaklumkan mengenai DAP gagal untuk menyerahkan laporan tepat pada masanya, dengan itu ROS akan memulakan penyiasatannya.

Pada 15 Disember lalu, pemilihan CEC telah diadakan, dan tiga minggu kemudiannya para pemimpin DAP telah mendedahkan terdapat “kesilapan” dalam pengiraan undi.

Kesilapan-kesilapan itu dikatakan melihat senarai yang dipilih daripada ahli CEC yang disemak iaitu Zairil Khir Johari, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, yang dimasukkan dalam senarai.

Pengarah pilihan raya DAP, Pooi Weng Keong kemudiannya meletakkan jawatan.

Terdahulu pada Ahad, para pemimpin DAP menegaskan bahawa mereka telah menyerahkan laporan itu dalam tempoh 60 hari yang diberikan.

“DAP mengemukakan laporan pada 8 Februari, sebelum tarikh akhir 15 Februari. Kita mempunyai bukti bahawa kita telah mengemukakan laporan itu dan ia telah diperakui,” kata Pengerusi parti, Karpal Singh pada sidang media di Air Itam.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau dan seorang pembantu peribadi berkunjung ke pejabat ROS di Putrajaya pada kira-kira pukul 10 pagi pada 8 Februari untuk menyerahkan laporan tersebut.

Beliau berkata, mereka memberikan salinan dokuman termasuk minit mesyuaray CEC, akaun yang berakhir pada 2012 dan senarai semua pemimpin yang dipilih dan dilantik.

“Kami telah mengemukakan dokumen-dokumen itu,” kata Loke pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini pada Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan